X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Exco tewas, ahli Parlimen hilang 'kerusi' di Hulu Selangor

Gambar dari kiri: Mohd Khairuddin Othman, June Leow Hsiad Hui
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang Sungai Buloh pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022.

Kejayaan tersebut sekali gus mengetepikan tiga calon lain termasuk Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman selepas meraih undian tertinggi sebanyak 1,608 dalam pertembungan empat penjuru di kerusi berkenaan

Mohd Khairuddin hanya mendapat 849 undi manakala dua lagi calon bertanding di Cabang Sungai Buloh, Ramanan Ramakrishnan dan Mohd Majeman Nyono masing masing memperoleh 1,499 dan 289 undi.

Sementara itu, di Cabang Hulu Selangor, penyandangnya Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui gagal mengekalkan kedudukannya apabila tewas kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan bagi jawatan ketua cabang berkenaan.

June Leow merupakan ketua cabang itu selama dua penggal tewas tipis dengan majoriti 100 undi apabila memperoleh 1,803 undi berbanding Dr Prakash menang dengan 1,903 undi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George menang di Kota Raja selepas menewaskan anak bekas Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar, Sangetha Jayakumar.

Gunaraj berjaya mengekalkan jawatan disandang sebelumnya selepas mendapat 2,709 undi menewaskan Sangetha yang hanya mendapat 1,691 menang dengan majoriti undian sebanyak 1,018 undi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!