'Belanja & Menang’ MR D.I.Y: Tuah pelanggan dari Sabah menang Vespa

Alex (tiga dari kiri) bersama pemenang hadiah ketiga yang menerima kaserol bulat Le Creuset.
Alex (tiga dari kiri) bersama pemenang hadiah ketiga yang menerima kaserol bulat Le Creuset.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang kakitangan kerajaan, Alicia@Alice Marcus Mujamah, 45, muncul sebagai pemenang utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y sekali gus membawa pulang sebuah Vespa Primavera 150 baharu.

Alicia yang kali pertama menyertai peraduan seumpama itu mengakui tidak menyangka memenangi hadiah berkenaan.

Alex Goh menyerahkan Hadiah Utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y. kepada Alicia.
Alex Goh menyerahkan Hadiah Utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y. kepada Alicia.

“Saya teruja untuk membawa pulang Vespa baharu ini ke Tambunan dan bersiar-siar di bandar. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan buat saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Peraduan tersebut menyaksikan lebih daripada 1,000 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih RM165,000.

Sementara itu, Ketua Pemasaran MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, sebagai peruncit tempatan yang menjadi pilihan ramai, MR D.I.Y. sentiasa mencari inisiatif baharu dan lebih baik untuk menghargai pelanggan setianya.

Alex
Alex

“Peraduan ‘Belanja & Menang’ ini sememangnya terkenal dalam kalangan pelanggan dan ini merupakan kali pertama kami menganjurkannya untuk kesemua jenama kami iaitu MR. D.I.Y, MR. TOY dan MR. DOLLAR.

Artikel Berkaitan:

“Ia ternyata berjaya menarik perhatian ramai. Kami menerima respons yang begitu memberangsangkan daripada rakyat Malaysia dan akan terus mencari pelbagai peluang lain untuk memberikan lebih nilai kepada mereka,” ujarnya.

Selain hadiah utama, dua pemenang hadiah pertama membawa pulang mesin memasak pintar jenama Thermomix TM6 manakala tiga pemenang hadiah kedua masing-masing menerima telefon pintar iPhone 13 Pro (128GB).

Pemenang Hadiah Pertama, Rezza Redzwan Khan (kiri) bersama Alex (tengah) dan Koh Kok June (kanan) yang memenangi mesin memasak pintar jenama Thermomix TM6.
Pemenang Hadiah Pertama, Rezza Redzwan Khan (kiri) bersama Alex (tengah) dan Koh Kok June (kanan) yang memenangi mesin memasak pintar jenama Thermomix TM6.

Dalam pada itu, lima pemenang hadiah ketiga pula membawa pulang kaserol bulat Le Creuset (24cm), lapan pemenang hadiah keempat pula menerima iPad Gen ke- 9 (64GB) setiap seorang.

Selain itu, seramai 1,000 pelanggan bertuah juga menerima hadiah sagu hati baucar tunai bernilai RM100 untuk membeli barangan kegemaran mereka di cawangan MR D.I.Y. dan MR. DOLLAR.