'Genap 32 tahun hari ini, tarikh yang tidak akan pernah dilupakan'

Tangkap layar hantaran Facebook Hishammuddin pada Ahad.
Tangkap layar hantaran Facebook Hishammuddin pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - “Genap 32 tahun hari ini. 29 Mei 1990, tanggal yang tidak akan pernah saya lupakan sampai bila-bila,” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada Ahad.

Hishammuddin berkata, ia merupakan tarikh pemergian ayahanda beliau, Tun Hussein Onn yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia.

“Tidak ada tugas yang paling murni selain berkhidmat untuk negara, saya tidak penting, apa yang saya lakukan lebih penting", kata-kata ayahanda akan saya ingat dan sematkan dalam diri sampai bila-bila.

“Semoga tenang di sana Allahyarham ayahanda tercinta. Semoga terus dicucuri rahmat Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi satu hantaran Facebook pada Ahad.

Allahyarham Tun Hussein telah meninggal dunia di Pusat Rawatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat pada usia 68 tahun disebabkan sakit jantung.

Allahyarham telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari 1976. Tun Hussein Onn secara rasmi telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang atas sebab kesihatan pada 17 Julai 1981.

Jenazah Allahyarham telah diberi penghormatan pengkebumian negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.