Sila log masuk terlebih dahulu.

Mengapa sekarang baru tular?

Unit di tingkat dua Flat Taman Dato Harun, Petaling Jaya yang diubah suai sehingga mengubah reka bentuk asal.
Unit di tingkat dua Flat Taman Dato Harun, Petaling Jaya yang diubah suai sehingga mengubah reka bentuk asal.
A
A
A

PETALING JAYA - Penduduk di sebuah pangsapuri Taman Dato Harun di sini mendedahkan bahawa pengubahsuaian rumah di kawasan terbabit telah lama berlaku.

Penduduk, Zulhatman Syafrizal, 43, berkata, penambahan rumah itu dilakukan berpuluh tahun yang lalu, namun menjadi isu selepas ia diviralkan baru-baru ini.

“Kalau ikut penambahan rumah, semua tempat ada tambah rumah. Ia sudah berpuluh tahun berlaku.

“Kalau sekarang dibangkitkan apa isunya? Nak bangkitkan (tambah rumah cuba) pusing satu taman ini, semua tambah rumah,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sebelum ini, tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

Netizen mempertikaikan tindakan itu yang dianggap melampau sehingga dilihat mengundang bahaya.

Tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.
Tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

Zulhatman menambah, baginya, penambahan rumah oleh penduduk adalah bukan isu kerana ia tidak mengganggu orang lain,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 42, pula berkata, penambahan atau penyambungan rumah oleh penduduk yang tinggal di kawasan itu bermula sekitar tahun 1990-an.

“Saya mula tinggal di sini tahun 1988, waktu itu tiada lagi penyambungan. Selepas 1990, (penduduk) sudah mula tambah (rumah).

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) pun tidak ada cakap apa-apa,” dakwanya.

Dia berkata, penambahan atau penyambungan yang dilakukan juga tidak memberi kesan kepada jiran di sebelah rumah seperti tidak mengakibatkan dinding retak atau tidak mempunyai air.

“(Selain itu, dinding) ini konkrit, pasang siap dan tidak melibatkan batu blok,” katanya sambil menambah pangsapuri berkenaan siap dibina pada tahun 1985.