X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

PH masih tunggu PM tetap tarikh

Anwar (tengah) ketika hadir Majlis sambutan Raya Mat Moto 1.0 Port Dickson Attack di sini pada Sabtu.
A
A

PORT DICKSON - Pakatan Harapan (PH) masih menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan tarikh sidang khas Parlimen bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, drafnya (RUU) sudah hampir siap dan hanya menunggu Perdana Menteri tetapkan tarikh sidang Parlimen.

"Kita sudah mendesak supaya disegerakan..beliau sudah janji, mesti ditunaikan.

"Jadual asalnya pada 18 Julai, itu jadual asal sidang Parlimen..yang dijanjikan oleh Perdana Menteri ialah sebelumnya. Jadi kita rancang pada mulanya sebelum akhir Mei tetapi ada alasan selepas hari raya, itu ini, tak apalah awal Jun, jadi kita masih menunggu pengesahan beliau," katanya ketika ditemui pada Majlis sambutan Raya Mat Moto 1.0 Port Dickson Attack di sini pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU terbabit dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai ini iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima yang bermula 18 Julai nanti.

Beliau berkata, jika RUU itu dapat dibentang dan diluluskan pada sidang terbabit, ia boleh diwartakan seawal Januari depan.

Sementara itu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, keputusan Pemilihan PKR 2022 yang akan diumumkan Ahad dan keputusan itu pasti dapat membina semua kekuatan parti itu.

“Ya, akan umum esok, semua sudah ada keputusan, kita (PKR) nak rangkul kembali kekuatan bersama,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata keputusan pemilihan PKR peringkat kebangsaan dan cabang akan diumumkan Ahad (29 mei) selepas ia ditangguhkan berikutan pemilihan semula di beberapa cabang sebelum ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!