Skuad B23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan ke Piala Asia B23 2022

Brad Maloney mengekalkan barisan skuad B23 Sukan SEA Hanoi bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun depan. - Foto Bernama
Brad Maloney mengekalkan barisan skuad B23 Sukan SEA Hanoi bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun depan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun depan.

Selain barisan 20 pemain yang telah mewakili negara pada temasya dwitahunan di Vietnam itu baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan memaklumkan tiga lagi muka baharu turut dibawa bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain ke Uzbekistan.

Menurut FAM, tiga pemain yang dibawa masuk pengendali Brad Maloney adalah Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhammad Shafi Azswad Sapari, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia ke Sukan SEA 2021.

Bagi saingan edisi kali ini, misi getir menanti Malaysia apabila diundi bersama juara 2020, Korea Selatan, naib juara 2018, Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan C.

Skuad muda kebangsaan bakal memulakan cabaran di Uzbekistan menentang Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand pada 5 Jun dan Vietnam pada 8 Jun depan, dalam perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan seterusnya bakal layak ke suku akhir. - Bernama

Berikut senarai 23 pemain yang akan beraksi dalam kempen Piala Asia B-23 2022 Tashkent, Uzbekistan:

Bil Nama Umur Pasukan

1. Muhammad Mukhairi Mahadi 21 Selangor FC

2. Ahmad Zikri Mohd Khalili 20 Selangor FC

3. Muhammad Azrin Afiq Rusmini 20 Selangor FC

4. Quentin Cheng Jiun Ho 23 Selangor FC

5. Harith Haiqal Adam Afkar 20 Selangor FC

6. Ahmad Danial Ahmad Asri 22 Selangor FC

7. Muhamad Syahir Bashah 21 Selangor FC

8. Muhammad Faiz Amer Runnizar 19 Selangor FC 2

9. Muhammad Rahadiazli Rahalim 21 Terengganu FC

10. Nik Akif Syahiran Nik Mat 23 Terengganu FC

11. Muhammad Azam Azmi Murad 21 Terengganu FC

12. Muhammad Syafik Ismail 22 Terengganu FC

13. Muhammad Hairiey Hakim Mamat 22 Terengganu FC

14. Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar 22 Terengganu FC II

15. Muhammad Safwan Mazlan 20 Terengganu FC II

16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan 20 JDT II

17. Muhammad Shafi Azswad Sapari 21 JDT II

18. Muhammad Azri Ab Ghani 23 KL City FC

19. Luqman Hakim Shamsudin 20 KV Kortrijk

20. Mohd Aiman Afif Md Afizul 21 KDA FC

21. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili 19 FAM-MSN

22. Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak 22 Azul Claro

23. Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil 21 PDRM FC