X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Manchester United, Atletico Madrid uji kekuatan di Oslo

Manchester United akan menentang Atletico Madrid di Oslo, Norway sebagai sebahagian daripada persiapan untuk musim baharu. - Foto AFP
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United akan menentang kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid di Oslo, Norway sebagai sebahagian daripada persiapan untuk musim baharu, kata kelab Liga Perdana itu pada Khamis.

Kedua-dua pasukan, yang bertemu dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara awal musim ini, dengan Atletico menang agregat 2-1, akan berentap di Stadium Ullevaal pada 30 Julai.

Bagaimanapun anak buah Erik ten Hag sebelum itu akan menentang Liverpool di Thailand pada 12 Julai sebelum ke Australia untuk menentang kelab A-League, Melbourne Victory pada 15 Julai dan Crystal Palace empat hari kemudian.

Untuk rekod, Manchester United menamatkan saingan dengan menduduki tempat keenam dengan 58 mata - jumlah terendah dalam era Liga Perdana - manakala Atletico Madrid di tempat ketiga dalam La Liga.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!