Peniaga mahu bertanding tiket Bebas

Hazan menunjukkan set borang kertas penamaan calon yang telah pun diambilnya.
Hazan menunjukkan set borang kertas penamaan calon yang telah pun diambilnya.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lagi calon Bebas bakal bertanding di PRK Dun Rantau sekali gus menjadikan jumlah setakat ini dua orang.

Sebelum ini, ahli Amanah Kawasan Rasah Tandiko Dalusin mengaku bakal bertanding dan hasratnya itu dikongsi di laman Facebook peribadinya.

Kini peniaga, Hazan Khalid, 52, yang merupakan anak kelahiran Rantau dan tinggal di Kampung Seliau, Rantau turut menyatakan hasrat sama.

Beliau yang juga ahli PKR nekad membuat keputusan itu kerana kecewa kepimpinan tertinggi parti memilih Dr S Streram yang didakwa sebagai orang luar.

"Ramai calon yang ada, kenapa Streram yang dipilih? Dia datang sini pun tanpa pengetahuan akar umbi, tiba-tiba nak bertanding.

"Sebab itu saya nekad nak bertanding Bebas kerana tak setuju beliau jadi calon," katanya ketika ditemui di Pekan Rantau.

Malah beliau juga tidak kisah dipecat dari parti kerana kesal dengan sikap kepimpinan yang tidak mahu mendengar kata akar umbi.

Katanya, rasa sayang terhadap parti itu juga sudah hilang meskipun telah berjuang bersama PKR selama 13 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Bukan saja saya, tapi ramai ahli PKR akar umbi tolak Streram. Malah saya sebagai ahli parti juga kecewa kerana kepimpinan tak mahu dengar pandangan kami.

"Tak kisahlah apa nak jadi, jadi pun, saya tetap akan bertanding. Saya tak kisah wang deposit hilang kerana yakin ada 800 ahli PKR di belakang saya," katanya.

Beliau turut mendedahkan berkemungkinan akan ada empat lagi calon Bebas pada PRK Dun Rantau.