Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB

Laporan berita mengenai seorang pelajar lelaki yang terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan pada Rabu. Gambar kanan: Norazam Khamis
Laporan berita mengenai seorang pelajar lelaki yang terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan pada Rabu. Gambar kanan: Norazam Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar lelaki cedera selepas terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan pada Rabu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini.

Mangsa yang berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Tanjong Karang (HTK) dengan bantuan alat pernafasan.

"Mangsa yang berusia 19 tahun itu kemudian segera dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut pada hari sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Norazam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.08 petang pada Rabu.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketika kejadian, kawasan Giat Mara Sekinchan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter dan pihak bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh serta meminta pihak pengurusan menutup semua bekalan elektrik.