RCI Tabung Haji: Bekas menteri pula ditahan

Abd Halim
Abd Halim
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri ditahan pada Selasa untuk membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SRPM Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: 4 bekas pengurusan kanan TH termasuk Datuk Seri antara ditahan SPRM, disyaki terima rasuah

RCI Tabung Haji: Bekas CEO, CFO ditahan disyaki salah guna kuasa pembelian saham RM370 juta

RCI Tabung Haji: Tiga individu direman lima hari

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekas menteri tersebut.

"Beliau (bekas menteri) akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok (Rabu)," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

27 Ogos lalu, Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) direman selama tujuh hari hingga 2 Ogos untuk membantu siasatan berhubung isu terbabit.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH juga direman tujuh hari sehingga 27 Ogos.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan hingga ke 'lubang cacing'.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!