X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Rambo dipenjara enam bulan

A
A

KLANG - Padah mencederakan wanita, seorang gelandangan yang dikenali sebagai Rambo dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Klang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah kepada mangsa.

"Tertuduh yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 40 tahun dijatuhkan hukuman oleh Majistret P. Sarulatha," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu lalu, seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila ditendang, dipukul sebelum disamun seorang gelandangan dalam kejadian di bangunan Centre Point di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 30-an berjalan kaki seorang diri telah ditendang dari arah belakang oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan mangsa terjatuh sebelum disamun.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!