Fresh Growcer, One Utama

No Image Caption
A
A
A
Seorang pengunjung kelihatan sibuk memilih dan memetik sendiri sayur-sayuran segar untuk dibawa pulang ke rumah ketika tinjauan di kebun Fresh Growcer, One Utama baru-baru ini. Biarpun berlatar belakangkan industri makanan dan minuman, ia tidak menghalang usahawan muda itu untuk meneroka bidang pertanian apabila menanam dan menjual sayur-sayuran organik tanpa menggunakan sebarang racun serangga perosak.

Lebih menarik, penanaman pintar secara rumah hijau itu menggunakan sistem akuaponik (gabungan ternakan ikan dan sayuran) di atas bumbung sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor yang berkeluasan kira-kira 7,000 kaki persegi.

Selain itu, kebun sayuran yang dikenali sebagai Fresh Growcer (One Utama Rooftop Farm) itu juga memberikan pengalaman yang menyeronokkan apabila pelanggan boleh memetik sendiri sayur yang masih segar untuk dibawa pulang. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan: