X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Banjir: Dua PPS di Trolak Pekan, Kampung Rasau dibuka

PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan Kampung Rasau dan Trolak Pekan pada Rabu. - Foto ihsan APM
A
A

TANJUNG MALIM - Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Felda Trolak Timur, Kampung Rasau dan Trolak Pekan dilanda banjir pada Rabu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muallim memaklumkan, seramai 76 penduduk dilaporkan terjejas dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu.

Menurutnya, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

"PPS Sekolah Agama Rakyat Kampung Rasau dibuka bagi menempatkan 17 mangsa daripada lapan keluarga, manakala PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak Pekan dibuka bagi menempatkan 44 mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, 15 mangsa daripada tiga keluarga di Felda Trolak Timur terlibat dalam kejadian banjir kilat namun, tiada PPS dibuka setakat ini.

Jelasnya, pelbagai agensi antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, bomba dan Pejabat Daerah dan Tanah telah ditugaskan di lokasi kejadian.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!