MIROS bakal uji keberkesanan sistem MCAS

Kajian akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal. Gambar kecil dari kiri: Azman, Khairil Anwar
Kajian akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal. Gambar kecil dari kiri: Azman, Khairil Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 45 unit Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal MIROS (MCAS) akan dibangunkan dan dipasangkan pada motosikal milik penunggang motosikal persendirian bagi menguji keberkesanan sistem tersebut menerusi satu kajian rintis.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, kajian tersebut akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal.

Menurutnya, projek kajian rintis itu merupakan satu kerjasama penyelidikan yang telah dibentuk antara MIROS dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

“Proses pencarian 45 orang peserta kajian dijadualkan bermula pada bulan Jun 2022 dan akan diumumkan secara rasmi melalui platform media sosial serta kenyataan media.