Kindly register in order to view this article
!
SHAH ALAM – Jabatan Mateorologi (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka bakal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 10 pagi pada Rabu.
MetMalaysia melalui ciapan Twitternya jam 8.45 pagi tadi memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir itu berlaku di beberapa daerah di negeri.
Negeri-negeri yang terlibat terdiri daripada Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Port Dickson.
AMARAN RIBUT PETIR. #ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/uqdB8Hkhn8
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) May 25, 2022