X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Cedera dua jari gara-gara guna mercun halau monyet

Dua jari kanan mangsa cedera selepas mercun bola diguna untuk menghalau monyet meletup di tangannya di Bukit Belimbing di sini pada Selasa.
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pekerja pembersihan rumah cedera dua jari kanan selepas mercun bola diguna untuk menghalau monyet meletup di tangannya di Bukit Belimbing di sini pada Selasa.

Masturi Mustafa, 45, berkata kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku di rumah adiknya sewaktu menjalankan kerja pembersihan rumah.

Menurutnya, mercun bola itu digunakan untuk menghalau monyet berkeliaran, namun tidak menyangka ia tiba-tiba meletup di tangan.

"Saya tidak sangka mercun bola meletup menyebabkan dua jari tangan saya berdarah dan lebih menyakitkan terdapat dua cincin pada tangan yang cedera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Masturi, akibat kejadian itu, dia kemudian dihantar adik iparnya ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.

Beliau berkata, seramai empat anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dihantar ke hospital itu selepas menerima aduan mengenai kejadian terbabit.

"Sebaik sampai, kita dapati terdapat dua cincin tersekat pada jari mangsa yang dalam keadaan membengkak," katanya.

Menurutnya, operasi menanggalkan dua cincin itu mengambil masa kira-kira 12 minit menggunakan peralatan khas.

"Operasi itu sepenuhnya tamat pada jam 6.44 petang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!