X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Malaysia kongsi urus sektor pendidikan pasca Covid-19 di EWF 2022

Hantaran di laman Facebook Mohd Radzi mengenai EWF 2022 pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyertai Forum Dunia Pendidikan (EWF) 2022 di London, United Kingdom bagi berkongsi pengalaman Malaysia menguruskan sektor pendidikan pasca Covid-19.

Dalam hantaran di laman Facebook pada Isnin, Mohd Radzi memaklumkan, EWF 2022 yang berlangsung selama tiga hari itu turut dihadiri delegasi seluruh dunia termasuk menteri dan pakar pendidikan.

"Hari ini bermula EWF 2022 di Queen Elizabeth II Centre, London. Para peserta akan bertukar pandangan berkenaan pengurusan hal ehwal pendidikan di negara masing-masing. Dalam EWF kali ini, saya telah dijemput sebagai pembentang bagi sesi 'Ministerial Exchange'.

"Jemputan ini adalah bagi berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan sektor pendidikan semasa dan pasca pandemik Covid-19, khususnya di peringkat sekolah. Semoga berjalan lancar dan lebih banyak percambahan idea serta pandangan akan dapat diperoleh," katanya.

EWF 2022 pada tahun ini berlangsung dengan tema 'Education: Building Forward; Stronger, Bolder, Better'.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!