X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Kedah catat 790 kes baharu HFMD

Kedah mencatatkan peningkatan Kes jangkitan HFMD sebanyak 790 kes baharu pada Minggu Epidemiologi ke-20. Foto hiasan, gambar kecil: Dr Mohd Hayati
A
A

ALOR SETAR - Kedah mencatatkan peningkatan Kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 790 kes baharu pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME20).

Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 371 kes atau 89 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Katanya, 13 wabak baharu dilaporkan melibatkan sembilan taska dan masing- masing dua tadika dan pra sekolah.

"Sembilan daripada premis berkenaan telah diarah tutup bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sementara empat lagi menutup operasi mereka secara sukarela," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.

"Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif. Dengan pertambahan ini, jumlah kes HFMD di negeri Kedah pada sehingga 21 Mei adalah 2,225 kes.

"Berbanding dengan sebelum pandemik, pada tempoh yang sama tahun 2019, negeri Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 1,473 kes atau 196 peratus," katanya.

Dr Mohd Hayati berkata, sepanjang tahun ini, daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 509 kes atau 22.9 peratus diikuti oleh Kubang Pasu 361 kes (16.2 peratus), Kota Setar 299 kes (13.4 peratus) dan Kulim 207 (9.3 peratus).

"Sepanjang tahun ini juga, sebanyak 40 wabak HFMD telah dilaporkan di negeri Kedah, dengan 39 daripadanya (97.5 peratus) berlaku di pusat pendidikan.

"39 premis berkenaan telah darahkan tutup sementara atau ditutup secara sukarela bagi tujuan sanitasi dan pencegahan jangkitan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!