Sila log masuk terlebih dahulu.

Teliti bina lebuh raya baharu atasi sesak di Lembah Klang

Fadillah ketika ditemui pemberita di di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya, di Kompleks Kerja Raya, pada Isnin.
Fadillah ketika ditemui pemberita di di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya, di Kompleks Kerja Raya, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses meneliti dan meluluskan pembinaan lebuh raya baharu bagi menangani kesesakan yang berlaku di sekitar Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan lebuh raya baharu itu bakal mewujudkan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan akibat pertambahan bilangan kenderaan.

Katanya, penelitian itu turut membabitkan cadangan dibuat oleh pihak swasta.

“Mengikut pelan pembangunan rangkaian lebuh raya yang dibangunkan dan dikaji setiap lima tahun, yang perlu ada kalau kita tengok rim basikal itu ialah jejarinya.

“Jadi ini yang perlu kita hubungkan supaya kalau ada kesesakan trafik ini, ada alternatif (pengguna) pindah ke lebuh raya lain. Ini yang sedang dikaji dan keutamaan akan diberikan kepada perkara tersebut,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya, di Kompleks Kerja Raya di sini, pada Isnin.

Lebuh raya di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan yang teruk sejak dua minggu lalu ekoran pertambahan kenderaan yang semakin tinggi selepas penarikan balik sekatan pergerakan Covid-19.

Mengulas lanjut, Fadillah bagaimanapun berkata, pihak kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa pembinaan lebuh raya baharu itu dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya disebabkan oleh kadar pertambahan kenderaan di Malaysia yang semakin meningkat.

“Walaupun jalan sudah ada, kalau kenderaan makin meningkat mungkin jalan sedia ada (lebuh raya baharu) tidak dapat menampung

Artikel Berkaitan:

“Sebab itu itu di peringkat kerajaan kita buat juga pengangkutan awam seperti MRT, LRT. Ini sebahagiannya untuk memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan kepada rakyat.

“Kalau ada 60 peratus mengguna jalan raya 40 peratus lagi guna pengangkutan awam ianya akan dapat mengimbangi dengan peningkatan kenderaan, ia juga dapat mengurangkan kesesakan jalan,” ujarnya.

Pada Ahad, Fadillah dilaporkan berkata, tiga projek lebuh raya baharu di Lembah Klang yang telah mendapat kelulusan berprinsip adalah projek Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD LINK), Putrajaya – Bangi Expressway (PBE) dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE).