X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Voyager I hantar isyarat ganjil

Gambar ilustrasi menunjukkan kapal angkasa Voyager 1. - Foto NASA/JPL-Caltech
A
A

WASHINGTON - Kapal angkasa Voyager I baru-baru ini menghantar data yang ganjil ke bumi sehingga menyebabkan jurutera-jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berasa bingung.

Perkembangan itu berlaku ketika kapal angkasa tersebut bergerak sejauh 23.3 bilion kilometer dari bumi.

Bagaimanapun, NASA mengumumkan bahawa siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui sebab ia menghantar data ganjil tersebut.

Namun, kata NASA, ia didapati terus beroperasi seperti biasa dan mengumpulkan dan menghantar data-data sains.

Bacaan daripada sistem artikulasi dan kawalan sikap siasatan (AACS) kapal angkasa itu tidak menggambarkan dengan tepat apa yang sebenarnya berlaku di atas Voyager I.

Dilancarkan pada tahun 1977, misi Voyager I adalah untuk meneroka planet luar dalam sistem suria. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!