X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Sabah pandang serius kes rasuah babit pemalsuan cukai jualan negeri

Laporan SInar Harian pada Jumaat.
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mengambil serius kes tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penjawat awam berhubung pemalsuan pengisytiharan cukai jualan negeri baru-baru ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung perkara itu.

"Saya mengambil perhatian serius berikutan dengan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

"Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan Negeri untuk meneliti dan menambah baik segala sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang serta peluang aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

SPRM pada Rabu lalu menahan seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Wang itu adalah sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Susulan tangkapan itu, seorang lagi lelaki yang juga bekas penjawat awam dan bergelar Datuk turut ditahan untuk membantu siasatan pada Jumaat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!