Lelaki tidak mengaku cabul kanak-kanak di lif

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, pada Jumaat atas tuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di lif sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Kerinchi, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lelaki berusia 30-an itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

"Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

"Mahkamah turut memerintahkan tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Julai ini.

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki direman lima hari berhubung kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kerinchi, 14 Mei lalu.