Harimau Selatan, Tok Gajah sama kuat di Iskandar Puteri

Bergson muncul watak penting ketika membantu JDT bangkit mengikat Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. - Foto Bernama
Bergson muncul watak penting ketika membantu JDT bangkit mengikat Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal memanfaatkan peluang beraksi di depan penyokong sendiri apabila sekadar terikat 2-2 ketika melayan kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Keputusan seri itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan skuad kendalian Benjamin Mora itu untuk kekal memimpin carta liga dengan 16 mata hasil lima kemenangan dan satu sekali selepas mengharungi enam perlawanan.

Pada perlawanan itu, Harimau Selatan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-17', sebelum Tok Gajah menyamakan kedudukan hasil jaringan Saiful Jamaluddin di minit ke-38'.

Pelawat kemudiannya melebarkan jaringan apabila Manuel Hidalgo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 bagi memimpin perlawanan 2-1 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan menggandakan asakan dalam usaha untuk menyamakan kedudukan menyaksikan gol yang dicari tuan rumah akhir dijelmakan hasil jaringan Bergson yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata sehingga tamat perlawanan.