Harga RON97 naik dua sen, RON95, diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM4.31 seliter kepada RM4.33 seliter. - Foto 123rf
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM4.31 seliter kepada RM4.33 seliter. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM4.31 seliter kepada RM4.33 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu sehingga 25 Mei.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu, petrol RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Bernama