Harga emas turun, kedai emas kena serbu

Siti Rohani (kiri) tidak menang tangan melayan pelanggan yang ingin mendapatkan emas dengan harga murah.
Siti Rohani (kiri) tidak menang tangan melayan pelanggan yang ingin mendapatkan emas dengan harga murah.
A
A
A

KOTA BHARU - Kejatuhan harga emas dipasaran ketika ini menyaksikan orang ramai mula menyerbu premis berkenaan untuk mendapatkan koleksi perhiasan itu dengan harga lebih rendah.

Tinjuan Sinar Harian di premis menjual barangan kemas mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

Seorang peniaga emas, Siti Rohani Roslan, 32, berkata, berita kejatuhan harga emas mula berlaku pada Sabtu lalu menyebabkan orang ramai mula membanjiri kedainya untuk membeli perhiasan itu.

Kejatuhan harga emas dipasaran ketika ini menyaksikan orang ramai mula menyerbu premis berkenaan untuk mendapatkan koleksi perhiasan itu dengan harga lebih rendah.
Kejatuhan harga emas dipasaran ketika ini menyaksikan orang ramai mula menyerbu premis berkenaan untuk mendapatkan koleksi perhiasan itu dengan harga lebih rendah.

"Sejak harga emas turun sekitar RM20 per gram saya menerima lebih 100 orang pelanggan setiap hari yang berkunjung ke kedai untuk membeli perhiasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Menurutnya, tetap menawarkan pelbagai pilihan menarik kepada pelanggan walaupun harga emas mengalami kejatuhan ketika ini.

Seorang lagi peniaga emas, Mohd Hafiz Mat Rof, 43, berkata, barang kemas seperti gelang jenis lipan, pulut dakap menjadi pilihan para pelanggan di sebalik kejatuhan emas itu.

Mohd Hafiz menunjukkan gelang jenis lipan yang menjadi pilihan para pelanggan disebalik kejatuhan emas itu.
Mohd Hafiz menunjukkan gelang jenis lipan yang menjadi pilihan para pelanggan disebalik kejatuhan emas itu.

Katanya, selain itu cincin jenis KLCC dan matahari turut menjadi rebutan pada pelanggan.

"Kebanyakan barang kemas yang dibeli oleh pelanggan bermula dengan harga RM3,000 dan ke atas," katanya.

Sementara itu, Aida Che Isa, 28, dari Jelawat, Bachok, tidak melepaskan peluang untuk membeli barang kemas sebaik sahaja mengetahui kejatuhannya.

Aida (dua dari kanan) dari Jelawat, Bachok datang ke Kota Bharu seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan emas idaman pada harga lebih murah.
Aida (dua dari kanan) dari Jelawat, Bachok datang ke Kota Bharu seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan emas idaman pada harga lebih murah.

"Harga kali ini lebih murah berbanding sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Sebelum raya harga, RM257.36 satu gram namun hari ini ia turun sebanyak RM248.17 satu gram," katanya.

Menurutnya, seawal jam 8 pagi dia sudah berada di Kota Bharu untuk mendapatkan emas idaman pada harga lebih murah.