X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan

Dua individu yang bertengkar di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Tular rakaman video seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang pelanggan bertengkar di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning pada Isnin.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu menunjukkan berlaku provokasi antara kedua-dua individu terbabit namun punca sebenar pertengkaran tidak dapat dipastikan.

Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Kakitangan itu kemudian keluar dari kaunter dan menghampiri pelanggan sebelum dileraikan seorang individu lain dipercayai kakitangan MBSA.

Video terbabit mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perkara itu seharusnya diselesaikan secara baik.

Seorang pemilik akaun Twitter menggunakan nama Sab, di dalam komennya meminta supaya netizen tidak membuat sebarang andaian.

"Kita kena tahu punca. Di dalam media sosial ini kita hanya tunjuk (siarkan) apa yang kita mahu sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara terbabit.

"Kita sedang dapatkan maklumat dan akan maklumkan kemudian," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!