Bursa Malaysia dibuka tinggi

No Image Caption
A
A
A

BURSA Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan minat belian susulan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2022 yang positif walaupun sentimen bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Indeks dibuka tinggi 11.27 mata kepada 1,555.68. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 191 berbanding 145 manakala 257 kaunter tidak berubah, 1,662 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 302.04 juta saham bernilai RM128.47 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah dalam sektor perladangan dan yang mencatatkan pemulihan menjelang musim pelaporan.

"Kami berpendapat pemulihan ekonomi akan terus mendorong minat belian dalam sektor yang mencatatkan pemulihan seperti pengguna dan perbankan.

"Sementara itu, harga minyak mentah yang tinggi, yang diniagakan melebihi US$110 setong, dijangka meningkatkan sektor tenaga,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022, disokong oleh peningkatan permintaan domestik dan luaran serta pemulihan pasaran buruh.

Artikel Berkaitan:

Firma penyelidikan itu turut menjangka peniaga menantikan pendapatan perladangan pada bulan ini, yang boleh meningkatkan harga saham dalam tempoh terdekat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot enam sen kepada RM8.90, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik dua sen kepada RM4.55 dan RM5.06 manakala Petronas Chemicals meningkat 39 sen kepada RM10.38 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.45.

Daripada saham aktif, Sapura Energy naik 1.5 sen kepada enam sen, Serba Dinamik meningkat dua sen kepada 14 sen, KNM menambah setengah sen kepada 18 sen, Hibiscus Petroleum menokok enam sen kepada RM1.41 manakala CSH Allaince tidak berubah pada 11.5 sen.

Nestle muncul sebagai kaunter paling untung, meningkat RM2 kepada RM133.50, diikuti KL Kepong, naik 78 sen kepada RM27.36, Harrison Holdings menambah 31 sen kepada RM5.98, Hengyuan Refining menokok 29 sen kepada RM7.27 dan Petron Malaysia naik 24 sen kepada RM6.26.

Di papan indeks, FBM ACE jatuh 13.28 mata kepada 5,329.35, Indeks FBM Emas naik 56.57 mata kepada 11,067.37, Indeks FBMT 100 meningkat 54.39 mata kepada 10,741.65, Indeks FBM Emas Shariah menambah 95.70 mata kepada 11,564.11 dan FBM 70 naik 36.02 mata kepada 13,092.63.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 34.50 mata kepada 16,499.87, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 3.02 mata kepada 199.81 dan Indeks Perladangan menambah 98.05 mata kepada 8,277.33. - Bernama