X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy

Tun Dr Mahathir ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk dekat Pantai Chenang di sini pada Isnin. - Foto Bernama
A
A

LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju langkah bailout digunakan untuk menyelamat Sapura Energy Berhad (SEB) yang berdepan kemelut kewangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu, sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Beliau berkata, Sapura mendapat pelaburan daripada banyak institusi milik rakyat dengan tujuan supaya mereka mendapat keuntungan daripada Sapura.

“Sapura telah berkembang dengan cepat tetapi kita tak tahu macam mana dia boleh jadi rugi begitu besar. Jadi pelabur-pelabur sekarang ini akan rugilah.

“Jadi, apabila rugi kita perlu cari jalan untuk kurangkan kerugian. Tapi bila orang gagal, kita bailout. Ini bukan perniagaan. Dalam perniagaan ada masa kita untung, ada masa kita rugi,” katanya.

Mahathir berkata sedemikian ketika mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan menyelamatkan Sapura kerana syarikat itu milik rakyat, di Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk, Pantai Chenang, di sini, pada Isnin.

Pada Khamis, Datuk Seri Najib memberi pandangan supaya Petrolium Nasional Berhad (Petronas) mengambil alih Sapura Energy untuk mengelak syarikat itu diisytihar muflis.

Menurut Najib, cadangan itu antara syor digariskan sebagai langkah untuk menyelamatkan Sapura Energy memandangkan Petronas memiliki kepakaran dengan satu lagi pilihan membabitkan pinjam bank kepada syarikat itu yang dijamin kerajaan.

Najib memberi cadangan itu pada debat perdana antaranya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!