Kakak maut, adik turut didera

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Adik kepada kanak-kanak perempuan yang maut selepas disyaki didera ibu saudara dan suaminya di Taman Desa Pengkalan Bandaraya di sini pada Ahad, dipercayai turut menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia enam tahun dikesan mempunyai beberapa kecederaan fizikal pada tubuh badannya.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berikutan terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baru.

"Mereka tinggal bersama ibu dan bapa saudara mereka sejak awal tahun 2020," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri berusia 40 tahun itu ditahan polis selepas disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun.

Kanak-kanak malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah 'multiple blunt injury'.

Pasangan itu direman selama seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.