Sila log masuk terlebih dahulu.

ECRL 'pengubah keadaan' pembangunan Malaysia

Projek ECRL akan membantu menarik kedatangan pelancong, pedagang dan pelabur, menggalakkan integrasi ekonomi, sekali gus mempererat hubungan rakyat antara negeri di pantai timur dengan bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Projek ECRL akan membantu menarik kedatangan pelancong, pedagang dan pelabur, menggalakkan integrasi ekonomi, sekali gus mempererat hubungan rakyat antara negeri di pantai timur dengan bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan membantu menarik kedatangan pelancong, pedagang dan pelabur, menggalakkan integrasi ekonomi, sekali gus mempererat hubungan rakyat antara negeri di pantai timur dengan bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur.

Demikian menurut Presiden Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG), pada Sabtu.

Beliau menyifatkan projek di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang telah siap hampir 30 peratus itu sebagai "pengubah keadaan” bagi pembangunan ekonomi Malaysia pada masa depan.

Menurut beliau Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) yang terletak di pantai timur merupakan satu lagi contoh pencapaian kerjasama kedua-dua negara bersama-sama taman kembarnya, Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou (CMQIP).

"Di bawah kerangka BRI, kini MCKIP berjaya menarik pelabur dari China dan negara ASEAN yang lain, secara tidak langsung menjadi penjana bagi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di Malaysia."

"Pada masa sama, Pelabuhan Kuantan yang pesat diperbesarkan juga telah menjadi pintu laluan pengangkutan maritim ke selatan China,” ujarnya.

Tambah Abdul Majid, ECRL akan menjadi koridor yang mengaktifkan Pelabuhan Kuantan, MCKIP dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Menyentuh mengenai pemulihan ekonomi pada era endemik, beliau berharap agar lebih banyak kerjasama dalam bidang kesihatan awam dan pendigitalan di bawah BRI.

Artikel Berkaitan:

Jelas Abdul Majid, kerjasama itu dapat meningkatkan kemampuan kedua-dua pihak dalam menghadapi cabaran lain dan wabak yang mungkin akan melanda pada masa depan. - Bernama