Hayati nilai toleransi, kasih sayang sempena Hari Wesak

Ismail Sabri mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata, perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang.

Perdana Menteri berkata, semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati dengan penuh harmoni.

"Selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia.

"Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!