Kane, Heung-min nyalakan peluang Tottenham kembali ke Eropah

Kane dan Heung-min pencetak gol Tottenham ketika melayan kunjungan sensasi Arsenal dalam derbi London di Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.
Kane dan Heung-min pencetak gol Tottenham ketika melayan kunjungan sensasi Arsenal dalam derbi London di Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur menghidupkan peluang untuk kembali ke pentas Eropah musim depan, apabila menewaskan Arsenal 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.

Tiga mata diperoleh anak buah Antonio Conte ke atas skuad asuhan Mikel Arteta menyaksikan The Lilywhites yang mengumpul 65 mata mengekori rapat The Gunners yang dipisahkan satu mata selepas mengharungi 36 perlawanan.

Derbi London yang menyaksikan Harry Kane menjaringkan dua gol pada minit ke-22 dan 37 diikuti jaringan pemain dari Korea Selatan, Son Heung-min di minit ke-47, turut menyaksikan pelawat beraksi 10 pemain setelah Rob Holding dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua (33').

Kekalahan anak buah Arteta itu menyaksikan misi kelompok empat terbaik sejak 2016 seterusnya jaminan slot Liga Juara-Juara musim depan kelab tersebut masih belum selamat.

Dengan kedua-dua jagoan London ini memiliki dua perlawanan berbaki di tangan, dipisahkan satu mata - saingan kelompok empat terbaik kembali terbuka dengan kelebihan jaringan berpihak Tottenham.