[VIDEO] Najib saran Petronas ambil alih Sapura

Najib semasa program Debat Perdana yang disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Najib semasa program Debat Perdana yang disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar Petronas mengambil alih syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia, Sapura Energy Berhad (SEB).

Menurut beliau, ia sekaligus dapat menjamin dan menyelamatkan RM7 bilion kontrak SEB.

"Cadangan yang saya nak utarakan bukannya 'hempap' kepada kerajaan kerana kita tak akan gunakan satu sen pun duit rakyat.

"Pertama, saya nak ajukan supaya Petronas ambil alih Sapura kerana mereka mempunyai kepakaran, Permodalan Nasional Berhad (PNB) tiada kepakaran.

"Petronas boleh jamin RM7 bilion kontrak Sapura itu tidak ditamatkan tetapi diselesaikan dengan baik dan Petronas boleh jamin keuntungan yang cukup untuk Sapura. Jadi, bila sahamnya sudah melambung naik, Petronas boleh jual di pasaran dan boleh untung," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di sini pada Khamis.

Debat ini mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan, Sapura adalah sebuah syarikat strategik.

Justeru, apabila cadangan untuk menyelamatkannya diutarakan, mesti ada asas dan rasionalnya.

"Kita boleh menyelamatkan Sapura, tak bermakna kita tak boleh tolong yang lain. Syarikat lain yang bermasalah, ada cara lain untuk bantu tetapi Sapura ini berpotensi.

"Satu ketika dahulu, Sapura bernilai RM30 bilion sahamnya tetapi sekarang RM500 juta. Cadangan yang saya nak utarakan bukannya hempap kepada kerajaan kerana kita tak akan gunakan satu sen pun duit rakyat," ujar beliau.



Datuk Seri Najib Razak sempat berseloroh, Barisan Nasional (BN) bermaksud membina negara, bukan menjual aset ketika Debat Perdana bersama Anwar Ibrahim di MATIC, Kuala Lumpur

#debatperdana #najibvsanwar #PerkasaSuaraMalaysia" />