Maybank selaras BR, BLR kepada 25 BPS berkuat kuasa 13 Mei

Penyelarasan 25 mata asas melibatkan kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic berkuat kuasa 13 Mei 2022.
Penyelarasan 25 mata asas melibatkan kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic berkuat kuasa 13 Mei 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini (Rabu).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, bank itu berkata, BR Maybank akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus manakala BLR akan dilaras daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus.

"Begitu juga, kadar asas Islam dan kadar pembiayaan asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus dan daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus masing-masing,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022.

Semakan terakhir dalam BR Maybank adalah pada 9 Julai 2020 apabila ia dikurangkan daripada 2.00 peratus kepada 1.75 peratus berikutan penurunan OPR dengan kuantum yang sama.

Bank Negara Malaysia pada Selasa meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ketiganya tahun ini. - Bernama