Empat pingat emas Sukan SEA hasil kerja keras: Ismail Sabri

Ucapan tahniah yang dimuat naik Ismail Sabri di laman sosialnya.
Ucapan tahniah yang dimuat naik Ismail Sabri di laman sosialnya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kejayaan empat pingat emas yang dirangkul setakat ini oleh atlet negara di Sukan SEA Vietnam 2021 merupakan hasil kerja keras dan semangat juang untuk mengharumkan nama negara.

"Tahniah kepada penerjun Nur Dhabitah Sabri yang menghadiahkan emas pertama Malaysia, disusuli Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei, Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying

"Pingat perak disumbangkan oleh Kimberly Bong dan gangsa oleh Bertrand Rhodict," ciapnya di Twitter, pada Selasa.

Menurutnya, kejayaan tersebut merupakan satu permulaan baik bagi atlet negara di temasya sukan tersebut.

"Pencapaian empat pingat emas dan setiap satu perak dan gangsa setakat ini membanggakan.

"Kepada atlet-atlet kita, teruskan perjuangan dan kuatkan semangat," katanya.