Pinjaman Ah Long: Polis siasat 324 kes libatkan kerugian RM2.46 juta

PDRM telah menyiasat 324 kes pemberi pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) melibatkan jumlah kerugian RM2.46 juta dari awal tahun sehingga 30 April lepas. - Gambar hiasan
PDRM telah menyiasat 324 kes pemberi pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) melibatkan jumlah kerugian RM2.46 juta dari awal tahun sehingga 30 April lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat 324 kes pemberi pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) melibatkan jumlah kerugian RM2.46 juta dari awal tahun sehingga 30 April lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam tempoh yang sama, PDRM telah menahan 543 ‘Ah Long’ dan sebanyak 159 kes telah dituduh di mahkamah.

Dalam kenyataan di sini pada Isnin, beliau menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat pinjaman, supaya membuat semakan dan pengesahan lesen berdaftar syarikat pinjaman wang berlesen dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui laman sesawang www.kpkt.gov.my.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kegiatan jenayah komersial kepada PDRM melalui saluran CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/03-26101599 atau melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-211122 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Bernama