Sila log masuk terlebih dahulu.

Debat Perdana Anwar-Najib di MATIC

Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) dipilih sebagai lokasi penganjuran program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) dipilih sebagai lokasi penganjuran program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM - Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) dipilih sebagai lokasi penganjuran program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan media bersama, kedua-kedua pihak telah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat berkaitan tempat penganjuran program berkenaan.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kedua-kedua pihak bersetuju untuk memilih MATIC sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9 malam.

“Debat perdana ini akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi melalui saluran TV dan media sosial yang akan diumum kemudian.

Kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada Jumaat.
Kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada Jumaat.

“Kedua-dua pihak berharap Debat Perdana ini akan berlangsung dengan sempurna minggu hadapan,” katanya pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua pemimpin itu saling mencabar antara satu sama lain untuk merungkai mengenai isu Sapura Energy Berhad (SEB) yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sebelum ini, Najib merupakan individu terawal yang mencadangkan kerajaan supaya menyelamatkan SEB yang berhadapan dengan krisis kewangan teruk.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, idea Najib disanggah bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang berpandangan masalah tersebut boleh diselesaikan pengurusan syarikat itu sendiri seperti pelaksanaan rasionalisasi projek dan portfolio dengan menghentikan sebarang operasi atau projek yang membazir, tidak menguntungkan serta tidak mampu disiapkan.