Aliran trafik ke ibu negara masih tinggi setakat jam 5 petang

Aliran trafik ke ibu negara direkodkan masih lagi tinggi di beberapa lebuh raya utama susulan warga kota mula pulang dari kampung. - Foto Bernama
Aliran trafik ke ibu negara direkodkan masih lagi tinggi di beberapa lebuh raya utama susulan warga kota mula pulang dari kampung. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masuk hari raya keempat sambutan Aidilfitri, aliran trafik ke ibu negara direkodkan masih lagi tinggi di beberapa lebuh raya utama susulan warga kota mula pulang dari kampung.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 5 petang mendapati trafik tinggi Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak membabitkan di laluan Karak ke Bentong sepanjang 9.3 kilometer.

Manakala, laluan Bentong ke Lentang turut sesak sepanjang 3.1 kilometer, Lengang ke Bukit Tinggi (6.9 KM) dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak (6.1 KM).

Turut dilaporkan aliran trafik tinggi di laluan masuk ke Plaza Tol Kuala Terengganu sepanjang 1.2 kilometer.

LLM juga melaporkan terdapat kemalangan di kilometer 287.5 arah Selatan dari Putra Mahkota ke Nilai menyebabkan lorong tengah terhalang dan trafik perlahan sepanjang dua kilometer.

Artikel Berkaitan: