Jalan Klang-Teluk Intan dijangka sesak bermula Jumaat

Laluan kedua-dua arah di Jalan Klang-Teluk Intan di sini, dijangka mengalami kesesakan selama tiga hari bermula Jumaat.
Laluan kedua-dua arah di Jalan Klang-Teluk Intan di sini, dijangka mengalami kesesakan selama tiga hari bermula Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Laluan Jalan Klang-Teluk Intan dua-dua arah dijangka sesak selama tiga hari bermula Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, kesesakan itu dijangka berlaku bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Menurutnya, pertambahan jumlah kenderaan itu menyebabkan aliran trafik perlahan di sepanjang laluan tersebut.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan teruk," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ambia berkata, pengguna arah Klang menghala Teluk Intan boleh menggunakan beberapa laluan alternatif lain.

"Antara laluan tersebut ialah di 54 Jalan Kelab Golf, Jalan Kuala Selangor-Rawang, Jalan Kampung Hang Tuah, Jalan Timur Tambahan dan Susur Keluar Bukit Tagar," ujar beliau.

Menurut beliau, pengguna arah Teluk Intan ke Klang, mereka boleh melalui Jalan Parit 4-Jalan Terusan Utama, Jalan Tanjong Karang- Rawang, Jalan Raja Musa, Jalan Kuala Selangor-Rawang, Ijok dan Meru.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan," katanya.