‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’ - menolong rakan Grab menyambut Aidilfitri

No Image Caption
A
A
A

Musim perayaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, sudah tiba! Tetapi yang paling penting, ia masih adalah masa untuk tidak mementingkan diri sendiri dan juga suatu peluang untuk semua rakyat Malaysia menyokong mereka yang sedang mengalami kesukaran – sesuatu yang terbukti menyerlah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, Grab Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’ bagi menjemput orang ramai meneruskan amal kebajikan mereka. Melalui inisiatif ini, pengguna Grab boleh menikmati pelbagai diskaun dan penjimatan atas perkhidmatan Grab dan menyumbang GrabRewards untuk amal kebajikan.

Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat oleh rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan hari raya.

Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab

No Image Caption

Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab turut melancarkan usaha lain dalam kempen ‘Pesta Raya Dengan Grab’ untuk memastikan komuniti pemandu dan rakan penghantar Grab juga diingati.

Grab akan memberi ganjaran baju batik edisi terhad eksklusif direka oleh Firdaus Nordin kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi.

Menurut Firdaus, Nama “Indera Bayu” diinspirasian daripada negeri di dalam Malaysia iaitu “indera” dipetik daripada nama negeri Perlis Indera Kayangan dan “Bayu” daripada negeri Sabah Dibawah Bayu.

“Konsep yang saya pilih di dalam lakaran design ini adalah flora yang mempunyai sifat kehijauan dedaunan dan bunga. Konsep ini diinspirasikan oleh isu semasa sekarang yang mana kira sedar, bumi sedang berhadapan dengan pemanasan global yang semakin dahsyat. Dari segi Psikologi pula, warna hijau dapat memberi perasaan yang tenang dan lapang kepada manusia. Maka secara tidak langsung, design ini sangat mesra dengan kehidupan manusia dan alam”.

Firdaus Nordin
Firdaus Nordin

Lebih daripada 1,200 baju akan diberikan sebagai ganjaran kepada rakan pemandu dan rakan penghantar di seluruh negara dengan tempahan atau pesanan yang terbanyak pada musim Raya

Bukan itu sahaja, Grab juga akan memberi tawaran istimewa dan eksklusif untuk rakan Grab melalui GrabBenefits, bertujuan menjaga kebajikan rakan Grab dari segi Perlindungan, Simpanan dan Akademi.

Klik sini untuk ketahui manfaat eksklusif dengan GrabBenefits

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Raya tahun ini, sila layari https://www.grab.com/my/campaign/main-jimatjimat/.