West Ham buru keputusan positif

West Ham berpeluang ke pentas Eropah sekiranya menjuarai Liga Europa musim ini.
West Ham berpeluang ke pentas Eropah sekiranya menjuarai Liga Europa musim ini.
A
A
A

WEST Ham United memberikan sepenuh tumpuan kepada perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa berdepan Eintracht Frankfurt di Deutsche Bank Park pada Jumaat selepas tewas 1-2 di London dalam perlawanan pertama sebelum ini.

Malah menurut pengendali West Ham, David Moyes, keputusan positif The Hammers dalam perlawanan itu akan mencerahkan laluan kelab tersebut ke pentas final yang menyaksikan kejuaraan tahap dua kelab Eropah menawarkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Jelas Moyes, The Hammers lebih bersiap sedia berdepan Eintracht Frankfurt untuk perlawanan kedua, namun ketika berdepan Arsenal baru-baru ini fokus pemburuan kelompok empat terbaik liga sedikit tersasar.

“Satu-satunya cara kami boleh ke Eropah musim depan adalah meraih kedudukan empat terbaik liga, namun dengan situasi terkini sekali lagi kami memberikan sepenuh tumpuan kepada perlawanan berdepan Eintracht Frankfurt.

"Sudah tentu kami mempunyai satu lagi peluang untuk melakukannya dengan cara yang berbeza dan kami akan mencuba melakukan dengan terbaik.

"Satu-satunya perkara di kepala saya pada masa ini ialah permainan ini dan bagaimana untuk menyingkirkan Eintracht Frankfurt," kata Moyes.

Untuk rekod, kekalahan 1-2 The Hammers kepada The Gunners baru-baru ini menyaksikan kelab London tersebut ketinggalan 11 mata di belakang pasukan tempat keempat kendalian Mikel Arteta tersebut.



LIGA EUROPA

JUMAAT (6 MEI)

Separuh Akhir Kedua

Rangers (0) lwn (1) Leipzig

E. Frankfurt (2) lwn (1) West Ham

*Dalam kurungan keputusan separuh akhir pertama

* Semua perlawanan bermula jam 3 pagi