Final AFF: Pesawat khas buat penyokong Harimau Malaya

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

APABILA Harimau Malaya mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala AFF 2018, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) segera tampil bagi membantu mendapatkan penerbangan khas bagi menonton aksi di laman lawan.

Kenyataan itu disiarkan di laman sosial Instagram (IG) milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, malam tadi.

Menurutnya, KBS akan berusaha mendapatkan penerbangan khas pada kadar berpatutan melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan.

Mereka akan membawa penyokong Harimau Malaysia, sama ada ke Vietnam atau Filipina kerana kedua-dua pasukan itu dijadualkan bertarung pada aksi separuh akhir kedua, esok bagi memburu slot ke pentas akhir.

Pada aksi separuh akhir kedua tadi, sekumpulan penyokong Harimau Malaya bertandang ke Bangkok melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan tambah murah Air Asia.

Mereka memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe dan kehadiran ‘penyokong ke-12’ itu cukup berbaloi apabila Malaysia menyingkirkan juara bertahan, Thailand selepas seri 2-2.

Malaysia layak ke pentas akhir berdasarkan peraturan jaringan di tempat lawan, selepas terikat dengan 0-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

”Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki 2018.

Artikel Berkaitan:

“Sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan semangat Negaraku!

“Ayuh kita gegar rumah kita dengan semangat Harimau Malaya!,” kata Syed Saddiq.

Pada masa sama juga, KBS juga memberi amaran supaya penyokong skuad Harimau Malaysia mendapatkan tiket perlawanan akhir melalui saluran yang betul serta menjaga tatatertib sepanjang berada di stadium.

“Ingat. KBS tidak akan sesekali berkompromi dengan pesalah ulat tiket, perokok di stadium dan mereka yang membuang sampah merata-rata,” katanya.

Sementara menunggu menanti pengumumuman penjualan tiket perlawanan akhir, Syed Saddiq berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan menjual ruang tempat khas orang kenamaan (VIP) kepada syarikat korporat dan individu yang berminat.

Katanya, pendekatan itu selari dengan agenda KBS yang mahukan agensi dibawahnya menjana pendapatan sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada wang rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gajah Perang 'terduduk']

[ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Harimau Malaya belum selesai]

[ARTIKEL BERKAITAN: Penalti: Cheng Hoe yakin kemampuan Farizal]