Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Rabu. - Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Rabu. - Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Rabu berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan anakanda-anakanda serta kerabat Diraja Pahang.

"Pada majlis yang dihadiri kira-kira 400 tetamu tersebut, Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra bersama semua tetamu yang hadir," menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, malam Rabu.

Beberapa keping gambar majlis tersebut turut dimuat naik di laman media sosial itu.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. - Bernama