PDRM lancar SOP kendali tahanan autisme

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan buku Garis Panduan Autisme iaitu prosedur operasi standard (SOP) pasukan itu dalam mengendalikan kes membabitkan tahanan autisme.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, inisiatif ini diambil susulan tangkapan pihaknya terhadap seorang lelaki autisme didakwa meraba seorang wanita di sebuah restoran di Subang Jaya, tahun lalu

"Dia lelaki autisme dan polis tahan dan perkara itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

“Untuk mengatasi masalah ini, saya telah arahkan satu jawatankuasa ditubuhkan berkaitan SOP baharu.

“Jawatankuasa itu mengambil masa hampir enam bulan untuk merangka SOP itu termasuk mengadakan pelbagai bengkel dan bekerjasama dengan pakar dari universiti awam dalam bidang berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Peringatan Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Fuzi berkata, dua pusat austisme akan dibangunkan di Pulapol Kuala Lumpur dan di Maktab PDRM di Cheras.

“Selain itu, kita juga ambil perhatian berhubung kira-kira 484 anak warga PDRM yang menghidap autisme di seluruh negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: