X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Pemandu Toyota Alphard tular pandu berbahaya direman tiga hari

Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan.
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak direman tiga hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, lelaki berusia 43 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman pada Isnin.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan, polis telah menahan seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Lelaki itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 2 petang.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan serta melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!