'Video tular tidak menggambarkan keseluruhan syarikat' - Bonia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemilik jenama barangan kulit, Bonia tampil memberikan penjelasan berhubung isu membabitkan kepelbagaian latar belakang kakitangannya yang mendapat kritikan netizen baru-baru ini.

Bonia dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, video tular di sosial media membabitkan kakitangannya itu tidak memberikan gambaran sebenar terhadap syarikat berkenaan.

“Kami di Bonia ingin menjelaskan sebarang salah tanggapan diberikan terhadap syarikat kami menerusi video yang menjadi topik perbincangan di media sosial.

"Kepelbagaian di tempat kerja adalah penting bukan sahaja untuk perkembangan kerjaya individu tetapi juga bagi kami sebagai jenama gaya hidup yang progresif.

Kenyataan dikeluarkan oleh Bonia pada Ahad.
Kenyataan dikeluarkan oleh Bonia pada Ahad.

Kami sentiasa menjadi sebuah syarikat yang berbangga dengan memupuk budaya kerja inklusif.

“Daripada lembaga pengarah kami kepada kakitangan pengurusan dan pejabat serta petugas barisan hadapan, kami berbangga mempunyai bakat datang daripada pelbagai latar belakang,” menurut kenyataan itu.

Sebuah video berdurasi 45 saat dipercayai dihasilkan oleh seorang pekerja Bonia yang menceritakan pengalamannya bekerja di syarikat tersebut mendapat kecaman netizen selepas ia dilihat hanya memaparkan kakitangan yang terdiri daripada satu kaum sahaja.

Mengulas lanjut, Bonia berkata, pihaknya sentiasa aktif memupuk kepelbagaian melalui dasar dan protokol pengambilan dalaman menerusi latihan diberikan kepada kakitangannya.

"Kami sangat menghargai pandangan pelanggan setia kami dan akan sentiasa memastikan mereka mempunyai pengalaman yang lebih baik,” ujarnya.