Aliran trafik semakin sesak

Kesesakan di Plaza Tol Gombak setakat jam 12.30 tengah hari, pada Sabtu.
Kesesakan di Plaza Tol Gombak setakat jam 12.30 tengah hari, pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik dilaporkan masih sesak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak setakat jam 1 petang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, kesesakan itu berlarutan hingga Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.

Sementara itu trafik turut dilaporkan sesak di Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) selepas Sentul ke Greenwood dan berlarutan hingga Karak.

Di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pula, kesesakan sepanjang 8.1 kilometer (KM) dilaporkan berlaku dari Bukit Tambun ke Jawi akibat kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan pacuan empat roda.

Kejadian berlaku di laluan Bandar Cassia - Jawi di KM 160.9 arah Selatan itu mengakibatkan loong kiri dan kecemasan terhalang.