Rangnick puji aksi Matic

Aksi Matic ketika berdepan Chelsea pada Khamis. Foto Getty Images
Aksi Matic ketika berdepan Chelsea pada Khamis. Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick memuji aksi mantap Nemanja Matic ketika terikat 1-1 ketika berdepan Chelsea pada Khamis.

Menurut Rangnick, Matic dilihat beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan selain terlibat dalam membantu jaringan gol penyamaan United.

“Bagi saya, Nema telah beraksi dengan baik pada perlawanan ini. Selain membantu jentera tengah, dia juga terlibat dengan gol penyamaan pasukan.

“Bagi saya, dia (Matic) merupakan seorang pemain yang memiliki mentaliti yang tinggi selain merupakan pemain bola sepak profesional dalam kelas yang tersendiri.

“Itulah sebabnya mengapa saya kerap menurunkannya dalam kesebelasan utama sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan United ketinggalan 0-1 pada minit ke-60 hasil jaringan Marcos Alonso, namun Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62 bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Keputusan berkenaan bagaimanapun menyaksikan skuad The Red Devils itu berada pada kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini dengan 55 mata setelah mengharungi 35 perlawanan.

Untuk rekod, aksi berdepan Chelsea merupakan penampilan ke-14 Matic bagi saingan musim ini.

Kecederaan berpanjangan yang melanda Paul Pogba, Fred dan Scott McTominay secara tidak langsung membuka peluang kepadanya untuk beraksi.

Sementara itu, Rangnick turut berbangga apabila aksi mantap Matic turut mendapat rating paling tinggi di laman sosial dengan catatan rating 7.73.

Katanya, kedudukan rating berkenaan turut mengatasi Ronaldo yang turut tersenarai sebelum ini.

“Aksi mantap Matic telah menjadikannya sebagai salah seorang pemain yang mencatatkan rating tinggi di laman sosial.

“Diharapkan Matic akan terus konsisten mempamerkan aksi mantapnya itu pada kesemua baki perlawanan Liga-M, musim ini,” katanya.