Sila log masuk terlebih dahulu.

APG: Penyertaan Kontinjen Malaysia diketahui selepas Aidilfitri

Megat D Shahriman
Megat D Shahriman
A
A
A

KEPUTUSAN mengenai penyertaan kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di Solo (Surakarta), Indonesia akan diketahui selepas sambutan Aidilfitri, bulan depan.

Perkembangan itu dimaklumkan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin selepas mengadakan perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini.

Beliau berkata, walau apa jua keputusan yang akan diumumkan nanti, barisan atlet kebangsaan telah bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran negara pada temasya sukan dwitahunan itu yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 30 Julai ini.

"Persiapan atlet Malaysia terbaik dan dari segi dalam podium sentiasa bersedia walaupun bakal beraksi ataupun tidak," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjurannya di sini, pada Khamis.

Pada masa sama, beliau berkata, APG akan menjadi pentas persediaan terbaik kepada atlet sebelum bertanding di Sukan Komanwel Birmingham yang dijadual berlangsung hujung Julai dan Sukan Para Asia Hangzhou pada Oktober.

Sebelum ini, Megat D Shahriman memberi bayangan Malaysia berkemungkinan tidak akan menghantar atlet ke APG antaranya disebabkan tiada sebarang pengesahan daripada kerajaan Indonesia mengenai penganjuran temasya sukan tersebut, sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan perkembangan terkini empat negara iaitu Brunei, Vietnam, Laos dan Kemboja yang tidak menghantar penyertaan mengikut nama pada 15 Mac lepas, turut disahkan akan bertanding pada temasya sukan itu.

Mengulas lanjut, Megat D Shahriman berkata, 10 jenis sukan bakal dipertandingkan di Solo. - Bernama

Artikel Berkaitan: