Liverpool bawa bekalan selesa ke Villarreal

Mane antara penjaring gol untuk Liverpool ketika melayan kunjungan Villarreal dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Anfield.
Mane antara penjaring gol untuk Liverpool ketika melayan kunjungan Villarreal dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Anfield.
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool selangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menjinakkan kelab La Liga, Villarreal 2-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Anfield.

Dua gol dalam masa dua minit pada babak kedua dijelmakan pemain The Yellow Submarine, Pervis Estupinan pada minit ke-53 diikuti jaringan Sadio Mane (55'), memberikan bekalan selesa menjelang perlawanan timbal balik kedua di Estadio de la Cerámica pada 4 Mei depan.

Kemenangan anak buah Jurgen Klopp itu juga meletakkan kelab tersebut di landasan terbaik meraih empat kejuaraan pada penghujung musim ini selepas menjulang trofi Piala Liga di Wembley pada hujung Februari lalu.

Kali terakhir Liverpool menjulang kejuaraan berprestij kelab bola sepak Eropah itu adalah pada edisi 2018/19 selepas menjinakkan kelab seliga, Tottenham Hotspur, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wanda Metropolitano pada Jun 2019.